Monday, October 3, 2011

Jiran

Jiran sebelah..
Si suami rabun orangnya
Rabun yang tidak begitu teruk
Masih mampu menunggang basikal ke lrt


Si isteri
Rabun yang agak teruk
Kalo si suami dunianya kelabu
Si isteri mungkin dunianya lebih kelabu

Anak anak
alhamdulilah dunia mereka berwarna warni

Sungguh
aku kagum dengan keluarga ini
si isteri pada pendapat aku tidak bekerja
si suami hanyalah tukang urut di medan mara

Dengan anak anak yang sedang membesar
si abang long mungkin darjah 3
si kakak mungkin darjah 1
si adik yang tidak bersekolah
dan si bongsu yang masih menyusu badan

Tiada masalah dengan keluarga ini
Malah lebih kuat dari keluarga yang lain
Lebih kemas penampilan anak anak ini dari anak anak lain
Lebih sopan juga apabila bercakap

Dan kemudian satu kejadian
aku memberi duit raya
tidak banyak jumlahnya
sekadar yang mampu
aku memberi kepada si abang
dan si abang mengucapkan terima kasih

dan kemudian
sekali lagi aku keluar rumah
terdengar bunyi suara si kakak dan adik berebut rebut untuk membuka pintu
sambil tersengih sengih
sekali lagi ucapan terima kasih ku terima

aku angguk dan senyum
sambil mengunci pintu pagarku
anak anak itu masih tidak berganjak

si kakak berkata kepada si adik
banyak nyer duit kakak nih bagi
kakak nak bagi kat ayahla
kesian ayah tiada duit

sunnguh
lima saat itu buatkan aku sebak
cukup untuk membuatkan aku insaf
cukup untuk aku jadikan pengajaran
untuk belajar mensyukuri apa yang ada

sungguh tinggi pemikiran kakak ini
dan aku bandingkan anak anak ini dengan anak anak lain
sesungguhnya mereka sungguh beruntung

1 comment:

IBU GRACE said...

sungguh..gugur air mataku saat ini


*
kamu berjaya membawa sarat emosi itu ke dalam penulisan Jaja..