Wednesday, November 14, 2007

Hati Malaya

Dah lama tak tengok wayang. Then kali nih kuar ngan member2 watch Hati Malaya. Actually tak plan pun. Macam bacer buku teks tapi divisualisasikan. Okla good movie..sumer orang patut tengok movie nih. Tapi daripada kutipan, jelas tak ramai yang menonton cerita ini..Ramai yang prefer tengok Otai agaknya daripada Hati Malaya. Jelas menunjukkan yang orang ramai pergi menonton wayang untuk berhibur dan tidak begitu menggemari elemen berat seperti sejarah yang cuba dipaparkan oleh Hati Malaya ini. Malah masa pergi hari tu pun, dua line seat jer yang penuh..

Aku ibaratkan Dato’ Onn seperti Tun Mahathir. Both genius dan pandang jauh ke hadapan.Tapi mungkin disebabkan keadaan pada masa itu, pemikiran Dato Onn tidak diterima. Maka, tempatnya digantikan dengan Tunku Abdul Rahman yang diibaratkan seperti bidan terjun dalam movie ini.Dato Onn digambarkan dengan sikap yang berani, ada ideologinya sendiri,bijak dan tegas. Tunku Abdul Rahman memimpin dengan menggunakan pendekatan yang lembut dan perbincangan bersama-sama ahlinya..bak slogan tv9..dekat dihati...hehehe..

Hmm..entah naper..aku rasa seperti sejarah berulang pada masa kini. Dato Onn seperti Tun Mahathir dan Tunku Abdul Rahman seperti Pak Lah. After Pak Lah, maybe Najib..well, selepas Tunku Abdul Rahman..Tun Razak..:)

Both pelakon yang memegang watak Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman merupakan pelakon teater. Padanla..perfect sungguh diorg berlakon. Hoho..rasanya kedua-dua mereka ini lebih ’diingati’ berbanding watak lain lakonan Maya Karin, Rusdi Ramli dan lain-lain.

Movie ini banyak ’diselamatkan’ oleh syarikat-syarikat swasta, sekolah dan kolej-kolej yang membeli tiket wayang. Jika tidak,mungkin lagi parah kutipannya. Promosi pun banyak difokuskan kepada target group tersebut. Sebabnya mungkin kerana mereka tahu, jika tidak dipromosikan cara sedemikian, movie ini akan totally fail di wayang. Apa yang menyedihkan, walaupun tiket wayang dibeli secara bulk..tiada siapa yang datang menontonnya.

Ini diceritakan sendiri oleh kawanku..sedang diorang tengah melepak...hehehe..sory guys..pekerja GSC Mid Valley datang tanya nak watch movie free tak..Movie aper? U know it..;) Ditangannya penuh dengan tiket lain..mungkin cuba untuk mencari yang lain agaknya.. And of course my friends dengan senang hati menerima offer tersebut..

No comments: